Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali.
Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan
yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih
ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.Allah temukan aku dengan artikel-II yang boleh membawa aku ke jalanNya ~
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan
impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai
keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya
tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita
tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum:
harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu
pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya.
Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid
dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau
kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita,
kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun
kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
maka jangan lah aku tangisi apa yang bukan milik aku ! SAL ! kau maseh ada ALLAH . untuk dapatkan rasa bahagia tu bukan senang . .cuba lah bermuhasabah diri ! jangan ikut kata hati ! sedarkah kita bahawa Allah maseh sayangkan kita . kalau kita ikhlas tuk berubah ke arah kebaikan , DIA akan hadirkan kita kawan yang baik-II ,DIA akan temukan kita dengan ilmu yang baek-II ,,tak sedarkah aku ??
kau maseh ada yang sayang SAL ! Allah tak penah melupakan hambaNya . . alhamdulillah ,tuhan maseh bagi aku peluang untuk pebetulkan kesilapan ini . . kenapa perlu aku tangisi ? sayu hati bila aku sdar yang Allah ,tak penah lupa pada hambaNya . .walau jahil mana pon kita ,dia tetap makbulkan doa kita . .Dia mendengar rayuan hambaNya . .
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.